Semua istilah inilah yang bakal anda dengari seumur hidup anda setelah anda membuat keputusan untuk menjadi pelabur saham!
Sahabat-sahabat sekalian,
Selepas anda mendaftar akaun CDS, pastinya anda sangat bersemangat untuk memulakan pelaburan saham di platform saham pilihan anda..
Tapi..
Bila anda mula terjun ke pelaburan saham ini, anda mula terpinga-pinga mendengar pelbagai istilah-istilah pelik yang diungkapkan oleh pelabur saham yang lain..
Jika anda rasa pelaburan saham ini hanya ada 2 perkataan "BUY" dan "SELL", pastinya anda silap besar kerana banyak istilah-istilah yang digunakan dalam pelaburan saham untuk menggambarkan pasaran saham semasa dan sebagainya.
Istilah-istilah ini sangat penting untuk difahami jika anda benar-benar mahu melabur dalam saham kerana kesilapan memahaminya mungkin membuatkan anda alami kerugian!
Berikut antara 13 istilah penting yang perlu anda tahu dalam pelaburan saham menurut ISaham.my:
#1 - Bullish
Prestasi pasaran saham dalam keadaan menaik (indeks hijau-belian)
|
#2 - Bearish
Prestasi pasaran saham dalam keadaan menurun (indeks merah-jualan)
|
#3 - Uptrend
Harga saham dalam keadaan menaik (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)
|
#4 - Downtrend
Harga saham dalam keadaan menurun (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)
|
#5 - Sideway
Harga saham dalam keadaan mendatar (untuk jangkamasa pendek/panjang/sederhana)
|
#6 - Support
Paras saham yang dikatakan sukar untuk teruskan penurunan.
Harga akan terus menurun jika paras ini ditembusi.
|
#7 - Resistance
Paras saham yang dikatakan sukar untuk teruskan kenaikan.
Harga akan terus naik jika paras ini ditembusi.
|
#8 - Gap Up
Harga dibuka lebih tinggi berbanding harga penutup semalam
|
#9 - Gap down
Harga dibuka lebih rendah berbanding harga penutup semalam
|
#10 - Q Buy
Masukkan pesanan untuk membeli
|
#11 - Q Sell
Masukkan pesanan untuk menjual
|
#12 - SELL/Exit
Jual Saham
|
#13 - BUY/Entry
Membeli Saham
|
Sebenarnya banyak lagi istilah yang perlu anda tahu, cuma dengan memahami 13 istilah asas di atas, sudah cukup untuk anda memulakan pelaburan saham anda dengan lebih bijak dengan ilmu pelaburan yang betul.
Nak belajar lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan saham sebenar?
Klik link berikut untuk mengetahuinya:
Artikel Berkaitan :
Lebih Untung Dari ASB & Tabung Haji!
Ebook Terbaru Khas Untuk Newbie Yang Baru Nak Belajar Step-By-Step Jual Beli Saham!
Beza Orang Kaya & Orang Kurang Kaya!
5 Perkara PENTING yang Saya Pelajari Tentang Pelaburan Saham Dari 'Doktor' Saham SEBENAR
3 Persediaan PENTING Sebelum Mula Melabur Saham!
5 Soalan PANAS Yang Selalu Di Tanya Tentang Pelaburan Saham
5 Nasihat Daripada Pelabur BERJAYA Tentang Cara Pelaburan Saham Sebenar
13 Istilah PENTING Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pelaburan Saham