DIET Vs BERSENAM - Mana Satu Yang Lebih Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan Anda?

DIET vs BERSENAM - Mana Satu Yang Lebih Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan Anda?

 

 

 

Inilah kunci SEBENAR Yang Mampu Membantu Anda Turunkan Berat Badan Anda Dengan Lebih Mudah, Pantas & Berkesan - TANPA Sebarang Kesan Sampingan!

 

Berat badan semakin bertambah dan lemak di badan anda makin menebal akibat PKP 1,2 dan 3 tempoh hari SERTA teringin untuk mula kuruskan badan serta mengejutkan orang lain?

 

Inilah antara hasrat semua orang di Malaysia tak kira lelaki atau perempuan, muda ataupun tua pada saat ini.

 

Ini kerana kebanyakan daripada anda mula 'mengembang' akibat tabiat makan yang tidak menentu - dulu sehari sekali makan, kini 8 kali sehari makan sewaktu terkurung di rumah akibat PKP tempoh hari.

 

Ramai yang mula menjadi murung dan tak yakin pada diri akibat pertambahan berat badan yang semakin kritikal dari hari ke hari ini.

 

Malah tahap kesihatan juga semakin merosot serta mudah mendapat serangan jantung dan sesak nafas kerana badan sudah tidak aktif lagi bergerak seperti biasa..

 

Jadi azam anda pada ketika ini adalah untuk mula kuruskan badan dan kekal fit agar keyakinan diri serta kesihatan anda kembali pulih.

 

Perubahan ini akan membuatkan anda jadi lebih ceria dan yakin untuk hadapi kehidupan seharian pada masa akan datang..

 

Jika anda search di internet, cuma ada 2 kaedah yang terbukti mampu membantu anda menguruskan badan dengan lebih berkesan iaitu kaedah "BERSENAM" atau kaedah "DIET"..

 

 

Selain dari 2 kaedah ini, agak susah untuk anda turunkan berat badan dan kekal sihat..  

 

 

Namun pada pandangan anda mana lebih berkesan antara 2 kaedah tersebut?

 

Sebenarnya ia bergantung kepada matlamat dan kesesuaian badan anda..

 

Dalam kaedah DIET ada pelbagai jenis diet berkesan yang boleh anda pilih seperti intermittent fasting, plant-based diet, low-carb diet, paleo diet, low-fat diet, mediterranean diet serta DASH diet..

 

 

 

 

Ini antara 5 kelebihan bila anda mula berdiet:

 

 

#1 - Diet mampu membantu anda turunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol dalam darah..

Ia mampu elakkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung..

 

 

#2 - Diet mampu membantu anda mendapatkan tenaga yang secukupnya untuk menjalani kehidupan seharian anda dengan lebih lancar tanpa alami sebarang keletihan dan kelesuan..

 

 

#3 - Diet mampu membantu anda menurunkan berat badan jika anda mula utamakan pemakanan sihat seperti makan buah-buahan, sayur, protein DAN meninggalkan 'junk food'

 

 

#4 - Diet mampu membantu anda pertingkatkan keupayaan memori anda kerana pemakanan yang sihat mampu bantu anda lancarkan darah dalam otak serta mengurangkan lemak dan kolesterol yang membentuk plaque - yang selama ini mengganggu pemikiran anda.

 

 

#5 - Diet mampu bantu anda mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan mampu memperbaiki mood dan keyakinan diri anda setiap hari.

 

 

 

Dalam kaedah BERSENAM juga terdapat pelbagai jenis SENAMAN yang benar-benar terbukti berkesan menurunkan berat badan seperti yoga, aerobic, anaerobic, HIIT, cross-training, interval training, weight training dan banyak lagi..  

 

 

 

 

Ini pula antara 5 kelebihan bila anda mula melakukan senaman:

 

 

#1 - Bersenam mampu mengawal berat badan anda kerana bila anda bersenam, anda akan membakar lebih banyak kalori dalam badan anda..

 

 

#2 - Bersenam mampu mengatasi masalah kesihatan yang kronik seperti strok, diabetes, kemurungan, tekanan darah tinggi, anxiety dan mampu kurangkan risiko kematian..

 

 

#3 - Bersenam mampu memperbaiki mood anda setiap hari kerana aktiviti fizikal merangsang bahan kimia dalam otak yang boleh buatkan anda berasa lebih gembira, lebih rileks dan mampu tingkatkan keyakinan diri anda..

 

 

#4 - Bersenam mampu tingkatkan tenaga dan stamina badan anda kerana aktiviti fizikal ini mampu bekalkan oksigen dan nutrien kepada tisu badan anda dan membantu sistem cardiovaskular anda menjadi lebih lancar..

 

 

#5 - Sama seperti berdiet, bersenam mampu memperbaiki kualiti tidur anda setiap hari kerana ia mampu bantu anda cepat tidur serta dapatkan tidur yang lebih lena.

 

 

 

Jika anda benar-benar serius untuk turunkan badan dengan lebih berkesan dan terus kekal fit untuk masa yang lama, anda perlu melakukan kedua-duanya kerana:

 

- Diet tanpa bersenam membuatkan anda hilang jisim otot dan kurangkan kadar metabolisma.

- Bersenam tanpa diet membuatkan anda tidak bertenaga untuk teruskan aktiviti harian..

 

Jadi dengan menggabungkan kaedah BERSENAM dan DIET yang terbukti berkesan ini, anda pasti mampu menurunkan berat badan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan SERTA tubuh badan anda juga akan terus kekal fit dan sihat selari dengan penurunan berat badan anda.

 

Bukankah ini yang anda mahukan untuk diri anda?

 

Seorang sahabat saya telah berjaya turun lebih kurang 25 kg dalam masa 5 bulan sahaja dengan melakukan kedua-dua kaedah ini secara serentak dan lebih bagus lagi badan beliau terus kekal fit sehingga ke hari ini..

 

Beliau telah berkongsi cara bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan dan kekal sihat dalam sebuah ebook yang bertajuk "Formula Kurus".

 

 

Ebook ini membongkarkan dari A sampai Z cara bagaimana anda mampu turunkan berat badan di rumah dengan lebih berkesan.

 

Ramai pembaca yang telah berjaya mendapatkan perubahan positif pada fizikal mereka!

 

 

Ini antara yang bakal anda pelajari daripada ebook ini..

 

 

Teknik MALAS bagaimana anda mampu kuruskan badan dengan lebih bijak, mudah & pantas tanpa sebarang supplement merbahaya.

 

 

Penerangan lengkap tentang cara SEBENAR mengira kadar kalori yang badan anda perlukan, BMR (Basal metabolic rate) dan kadar peratusan lemak dalam badan.

 

 

5 faktor PENTING yang menjadi penentu dan pendorong kepada keberkesanan penurunan berat badan anda.

 

 

Formula diet MUDAH beserta pelan diet 14 hari yang terbukti berkesan menurunkan berat badan anda.

 

 

Formula senaman TERBAIK beserta cara betul melakukan senaman yang mampu membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat & menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

 

 

Amalan RAHSIA lengkap untuk kekal cantik & sihat menurut Islam.

 

 

 

Antara kesilapan yang biasa anda lakukan ketika mahu turunkan berat badan ialah cuba lakukan teknik-teknik yang belum terbukti berkesan untuk turunkan berat badan anda.

 

Eksperimen yang berisiko ini menyebabkan berat badan anda gagal turun..

 

Dengan ebook "Formula Kurus" ini serta teknik yang terbukti mampu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan yang dibongkarkan dalam ebook ini, anda pasti mampu mencapai matlamat dan azam tahunan anda untuk tampil lebih kurus dan fit ini dengan lebih mudah!

 

Nak kelihatan kurus dan turunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mustahil TAPI nak terus kekal fit dan sihat dengan berat badan tersebut adalah antara perkara yang kita mahukan.

 

Ini kerana tak kiralah walau selepas ini ada PKP 4,5,6 dan sebagainya pun, fizikal anda tetap fit dan sihat!

 

Jom belajar cara SEBENAR untuk turunkan berat badan DAN kekal fit dengan lebih mudah, pantas dan berkesan di:

 

 

 

Artikel Berkaitan :

DIET vs BERSENAM - Mana Satu Yang Lebih Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan Anda?

5 Tips BERKESAN Untuk Mendorong Anda Mula Bersenam Dan Terus Konsisten Melakukannya Walaupun MALAS

5 Tips Diet MUDAH & Menjimatkan Wang - Untuk Anda Yang Sering Sibuk Setiap Hari

5 Kesilapan TERBESAR Yang Sering Dilakukan Setiap Kali Cuba untuk Kuruskan Badan

5 MITOS Yang Sering Anda Dengar Tentang Cara Terbaik Untuk Menguruskan Badan