Perniagaan Affiliate ialah salah satu cara untuk Buat Duit Tanpa Modal.
Anda boleh memulakan perniagaan affiliate ini dengan segera tanpa memerlukan sebarang kos.
Affiliate adalah perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk membuat atau mencipta sebarang produk.
Pada masa kini, perniagaan affiliate bukan lagi satu perniagaan yang rahsia.
Semua orang telah terdedah dengan perniagaan jenis affiliate ini dan sudah ramai juga yang telah menceburinya.
Perniagaan affiliate sudah terkenal dan ia telah pun menjadi satu trend terbaru untuk menambah pendapatan dimana tidak memerlukan sebarang modal.
Buat Duit tanpa Modal
Disini saya akan sertakan beberapa tip untuk anda buat duit tanpa modal iaitu dengan menjalankan perniagaan affiliate dengan cemerlang dan seterusnya menjadi seorang super affiliate.
Kemahiran
Untuk buat duit tanpa modal, anda perlu ada sedikit kemahiran.
Kemahiran yang paling utama perlu ada pada diri seorang affiliate adalah perlu mahir dalam mencari trafik.
Tiada trafik maka tiada juga wang yang di hasilkan kerana daripada trafik akan menghasilkan prospek.
Walaupun begitu, trafik tetap juga tak berguna kalau anda tidak tahu cara untuk gunakannya dengan betul.
Kebiasaannya, seorang affiliate yang biasa-biasa akan memilih produk yang ramai pembeli dan yang memberikan komisyen serta keuntungan yang lebih tinggi dan lumayan.
Kemudian, harapan mereka adalah untuk orang akan ramai klik dan seterusnya membeli produk tersebut melalui link affiliate mereka.
Jangan jadi affiliate biasa-biasa
Jangan terikut-ikut dengan orang lain.
Ini adalah nasihat untuk anda!
Jangan jadi seperti affiliate yang biasa-biasa.
Jadilah seorang yang Super Affiliate.
Super affiliate terus mencari pembeli.
Mereka tahu cara untuk mencari orang membeli produk affiliate yang mereka promosikan.
Mereka bukan suka-suka mempromosikan produk affiliate mengikut orang lain.
Orang lain promote produk A, semua orang nak promote produk A.
Itu bukanlah cara seorang Super Affiliate.
Berikut ada beberapa teknik untuk anda menjadi seorang Super Affiliate yang POWER!
1. Mencari niche yang menguntungkan.
Sebagai seorang super affiliate, anda mestilah sentiasa peka dan sedar dengan niche yang sedang popular di pasaran serta menguntungkan.
Anda perlu mengikut trend semasa, produk yang sedang popular sekarang dan juga dimasa akan datang.
Kadang-kadang sesuatu terjadi dengan pantas dan anda perlu alert dengan perkara tersebut.
Untuk mengetahu niche apakah yang sedang viral dan menguntungkan, anda boleh membuat kajian melalui:
- Ebay pulse
- Surat khabar.
- Google trends
- Iklan televisyen.
- Berita televisyen.
- Forum-forum di Internet.
2. Menyelesaikan masalah.
Seorang super affiliate akan cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Cari sesuatu masalah bagi mana-mana kumpulan, dan bantu mereka.
Ambil kesempatan berdasarkan sesuatu situasi atau kejadian.
3. Belajar kenal pesaing di sekeliling.
Daftarkan diri anda (email) di newsletter pesaing-pesaing untuk melihat bagaimana mereka melakukan promosi.
Super affiliate juga sentiasa kenal pesaing dan tahu apa pesaing lakukan dari masa ke semasa.
4. Beri apa yang orang lain mahukan.
Anda perlu menjadi seornag yang sentiasa memberi apa yang orang lain mahukan.
Sebagai contoh, jika anda membuat pemasaran email dan niche anda adalah berkenaan topik menjaga kesihatan, jadi anda perlu promosikan hanya dalam topik kesihatan sahaja.
Jangan dicampur adukkan dengan niche automotif pula.
Perlu fokus pada satu niche sahaja dan cari trafik berdasarkan niche tersebut.
5. Hasilkan review yang terbaik.
Antara kemahiran lain yang perlu anda ada selain mencari trafik adalah anda perlu mahir dalam menghasilkan review yang terbaik dan boleh mendatangkan hasil.
Jika review yang anda tulis adalah datang dari dalam diri anda, anda dapat menghasilkan sebuah review yang jujur, telus dan menarik.
Selain daripada review melalui penulisan artikel, anda juga boleh menghasilkan review dalam bentuk audio dan video.
Sumber : https://www.amimnajmie.com/buat-duit-tanpa-modal/