Perniagaan Internet Panduan Ringkas Memulakannya

Perniagaan Internet Panduan Ringkas Memulakannya

 

 

Walaupun ramai diantara kita sudah bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang, namun masih juga menjalankan perniagaan untuk menjana pendapatan sampingan.

 

Tidak dinafikan lagi sekarang banyak kemudahan dan cara untuk menjana pendapatan lagi-lagi melalui perniagaan internet.

 

Maklumlah dengan keadaan hidup sekarang yang memerlukan banyak wang untuk meneruskan kehidupan kita seharian.

 

Arus teknologi kini semakin pesat dan dipermudahkan lagi dengan pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan melalui perniagaan internet.

 

Malah dengan memulakan perniagaan internet, kos amatlah rendah untuk dimulakan.

 

Sebab itu ramai yang mahu mula berniaga dengan memilih membuat perniagaan internet.

 

Kos yang rendah dan disamping itu juga boleh buat secara santai melalui laptop di rumah bersama insan yang tersayang.

 

Namun, kehadiran skim cepat kaya yang terlalu meluas di internet menyebabkan ada juga segelintir yang menganggap perniagaan internet itu salah.

 

Hal-hal begini yang menyebabkan ramai juga yang takut untuk memulakan perniagaan internet. 

 

Mereka yang menyertai skim cepat kaya adalah sesuatu tindakan yang sangat sia-sia.

 

Semua itu hanyalah angan-angan semata-mata.

 

 

Perniagaan internet

 

Jika anda baru bermula dengan perniagaan internet, pastikan anda menjauhi skim-skim cepat kaya dan pilihlah jalan yang betul.

 

Anda perlu ingat bahawa perniagaan internet sama sahaja seperti perniagaan bukan internet.

 

Cuma melalui internet, kita lebih mudah mencari pelanggan dengan pelbagai cara dan medium tersedia.

 

Contohnya seperti medium sosial dan medium-medium pengiklanan.

 

Jika anda pandai manfaatkannya dann berusaha, pasti anda mendapat keuntungan besar melalui perniagaan internet.

 

Saya akan menerangkan lebih mendalam lagi bagaimana anda boleh memulakan dan menjalankan perniagaan internet anda sendiri.

 

Cuba jawab persoalan ini:

  1. Apa yang anda mahu lakukan?
  2. Apa potensi yang anda mahukan?
  3. Berapakah modal yang anda mahu keluarkan?

 

Jika anda dapat menjawab persoalan diatas insyaAllah lebih mudah untuk anda bergerak dalam memulakan perniagaan internet anda kelak.

 

Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan internet, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan.

 

 

 

 

 

Jenis perniagaan di internet.

 

Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan di internet.

 

Anda perlu tentukan dan fokus pada jenis perniagaan di internet yang anda minati.

 

Apabila anda menjalankan perniagaan yang anda minat, anda pasti tidak akan mengalah dan tidak jemu membuatnya.

 

Adakah perniagaan tersebut melibatkan jual beli barang?

 

Adakah anda hanya mahu menawarkan servis sahaja?

 

Menyertai affiliate?

 

Menyertai dropship?

 

Buat duit melalui Blog?

 

Pastikan anda memilih perniagaan yang anda tahu dan mudah untuk dilakukan.

 

Setiap orang lain kemahirannya.

 

 

Rancangan perniagaan.

 

Rancang perniagaan anda.

 

Berapakah modal permulaan perniagaan anda?

 

Pastikan tidak melebihi RM2000 untuk permulaan.

 

Jika anda pandai mengatur strategi, modal permulaan boleh dimulakan kurang daripada RM1000 sahaja.

 

Fikirkan juga potensi keuntungan yang anda mahukan.

 

Apakah strategi yang akan anda gunakan?

 

Adakah perniagaan anda perlukan tempat dan alatan khas?

 

Anda perlu rancang semua ini supaya perjalanan perniagaan anda akan lebih mudah.

 

Di manakah anda ingin lakukan perniagaan ini nanti?

 

Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa.

 

Pastikan juga semua peralatan cukup seperti komputer atau laptop, line internet berkelajuan tinggi, dan juga printer.

 

 

 

Langkah-langkah memulakan perniagaan internet

 

1. Niche. Pilih satu sahaja untuk perniagaan anda.

Niche bermaksud bidang. Apakah bidang yang anda ingin niagakan? Adakah niche kecantikan, kesihatan, kekeluargaan, sukan atau pelancongan? Pilih satu bidang dan kecilkan lagi bidang tersebut lebih mendalam.

Sebagai contoh, jika anda memilih bidang kekeluargaan, mungkin anda boleh kecilkan kepada bidang kanak-kanak. Mungkin menjual barang keperluan kanak-kanak. Di dalam perniagaan internet, adalah lebih mudah jika anda hanya fokus pada satu niche sahaja.

 

2. Dapatkan produk.

Selepas menetapkan niche anda, cari produk yang anda mahu jualkan. Anda boleh dapatkan daripada pemborong atau bermula sebagai dropship dan agen menjual produk orang lain.

 

3. Pengurusan produk.

Tentukan juga cara penghantaran produk tersebut.

 

4. Pilih jenama perniagaan

Pilih nama yang mudah diingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan anda. Jenama amatlah penting dalam memperkenalkan perniagaan anda. Tanpa jenama, perniagaan anda mungkin susah dikenali.

 

5. Hasilkan website

Didalam perniagaan internet, website adalah antara nadi kejayaan perniagaan anda. Dengan mempunyai website, ibarat anda mempunyai seorang jurujual yang menjual produk anda. Melalui website, kelebihan produk anda dapat disampaikan dengan mudah. Pastikan anda membina website seperti shopping cart, borchure website, salesletter atau blog. Bergantung pada jenis perniagaan anda. Pastikan anda memilih juga cara pembayaran seperti kad kredit ataupun internet banking. Amatlah rugi jika tiada kemudahan pembayaran didalam website anda.

 

6. Dapatkan hosting.

Pilih hosting yang berpatutan mengikut bajet anda. Anda boleh menggunakan syarikat hosting daripada Netkl kerana harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Jika anda perlukan bantuan saya mengenai pembelian hosting, anda boleh menghubungi saya melalui facebook. Saya akan bantu anda secara step by step. InsyaAllah saya akan hasilkan artikel khas mengenai cara untuk membeli hosting di Netkl.

 

7. Bina senarai email.

Bina senarai email untuk kemudahan anda. Ini adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Dengan mempunyai senarai email, anda dengan mudahnya dapat menghubungi prospek pada bila-bila masa sahaja. Pastikan senarai email yang anda dapatkan adalah berkualiti. Anda perlu sentiasa memberikan tips kepada mereka. Anda boleh gunakan servis daripada Aweber atau Getresponse untuk menyimpan database email.

 

8. Iklankan laman web anda.

Ada banyak cara untuk anda iklankan laman web anda. Antaranya menggunakan servis berbayar seperti Google Adwords, Facebook Ads dan iklan di blog-blog yang berkaitan. Cara percuma seperti bertukar link dengan industri yang sama dengan anda, meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan industri anda dan ada banyak cara lagi. InsyaAllah saya akan kongsikan lagi cara beriklan pada topik khas akan datang.

 

Jadi, itu adalah serba sedikit mengenai asas yang perlu anda tahu mengenai perniagaan internet. 

 

Anda perlu mulakan sekarang dan jangan tangguh lagi.

 

Tetapkan niche anda, cari produk, bina jenama, dan mula iklankan produk anda!

 

 

 

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/perniagaan-internet/