Kos inilah penentu kepada margin keuntungan sebenar yang bakal anda perolehi daripada bisnes tudung anda!
Ramai orang sangka menjual tudung jenama sendiri ini semudah menjual produk fizikal lain seperti ini..
Jika kos tudung adalah RM20
Harga jualan tudung anda adalah RM50
Maka jumlah keuntungan bersih jualan anda adalah RM30 (RM50-RM20)
TAPI ia sebenarnya salah dan tidaklah se"simple" itu jika anda berhasrat memulakan bisnes tudung jenama sendiri..
Sebenarnya ada satu lagi kos yang perlu dikira daripada jumlah keuntungan yang kita kira tadi iaitu KOS OPERASI..
Kos Operasi ini termasuklah kos minyak kenderaan, kos bil-bil telefon, bil-bil utiliti seperti air dan elektrik dan sebagainya..
Itu belum termasuk kos penghantaran produk, kos upah jahit, kos pekerja dan sebagainya..
Ouch, ianya agak memeningkan kepala..
Silap-silap daripada keuntungan yang kita kira tadi, kita hanya untung RM1.00 sahaja untuk setiap helai tudung yang dijual..
Hmm.. bagi sesetengah penjual, ianya agak kurang berbaloi dan hanya memenatkan!
Tapi anda sebenarnya mampu mengatasi masalah kos ini dengan:
#1 - Mencari "Super Supplier" yang menawarkan harga lebih berpatutan.
#2 - Memilih "tukang jahit upahan" yang efisyen dan berkualiti (jika anda outsource)
#3 - Menyertakan "tagging" tudung yang jimat seperti kain cotton atau reben.
#4 - Menempah servis packaging produk secara pukal.
#5 - Meletakkan harga yang tepat untuk sehelai tudung. (PENTING)
Dengan melakukan 5 tips di atas, anda pastinya boleh menjimatkan kos anda dan seterusnya meningkatkan kembali keuntungan jualan tudung anda!
Nak tahu cara sebenar membina bisnes tudung sendiri dari kosong?
Klik link di bawah untuk mengetahuinya:
Artikel Berkaitan :
TERBONGKAR! - Ini Rupanya Kos Tersorok Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Bisnes Tudung!
Wah.. Ini Rupanya Rahsia SEBENAR Company Besar Jana Untung Lumayan Dengan Bisnes Tudung
Oh... Macam Ni Rupanya Nak Mulakan Bisnes Tudung Dengan Modal Yang Kecil..
Nak Mulakan Bisnes Tudung Pada Musim COVID-19 Ini?
Akak Ini Berkongsi KISAH SEBENAR Bagaimana Dapatkan RM15K Setiap Kali Menjelang Ramadhan
Kelebihan Bisnes Tudung Secara Online