Terlalu Bergantung Pada Software Atau Robot Copywriting?

Terlalu Bergantung Pada Software Atau Robot Copywriting?

 

 

 

Software, apps, atau robot yang bantu bina copywriting untuk kita banyak terjual dalam pasaran.

 

Kita tak perlu fikir teruk, isi ruang kosong jer terus siap.

 

Bunyi macam bagus, macam best, macam betul, padahal jenis software, apps, atau robot ni sebenarnya membantutkan kita untuk belajar dan faham nak bina sendiri copywriting.

 

Kita jadi robot yang takde emosi sebenar.

 

Umpama kita bergantung pada mesin untuk kita berjalan tanpa kita guna kaki kita sendiri.

 

Apa kesan kepada kaki dan kesihatan kita?

 

Umpama kita asyik bersosial melalui gadget, tanpa berbual, berjumpa, berinteraksi dengan kehidupan manusia sebenar.

 

 

Umpama kita bina otot besar sihat sado cuma dalam video game sahaja, tapi diri yang sebenar gendut, pemalas, pelahap makan, kuat tidur.

 

Sampai bila-bila pun kita tak faham nak bina sendiri copywriting tu.

 

Kita jadi tak yakin diri.

 

Katakan tiba-tiba software, apps, atau robot tu error atau melingkup, kita pun jadi termenung nganga tak tahu nak tulis apa.

 

Bisnes pun sangkut, asbab kita tak tahu nak bina copywriting untuk menjual.

 

Nak close sales pun payah kalau tak kuasai seni copywriting.

 

Memang pishangg!

 

Jalan terbaik, belajar dan asah sendiri senjata copywriting ni.

 

Bina sendiri nilai kualiti diri untuk jadi lebih berharga di mata dunia bisnes.

 

Lagipun tak lah menggelabah bila nak menjual atau berdepan bakal pelanggan.

 

Saya cadangkan sebagai permulaan, fahamkan basic copywriting dengan baca 5 Jenis Formula Copywriting ni dulu.

 

Klik link bawah ni.

 

 

 

Artikel Berkaitan :

 

Pishang Betul Lah! Iklan Asyik Krik Krik Jer

Tak Tahu Nak Tulis Apa Dalam Copywriting?

Penting Sangat Ke Belajar COPYWRITING Ni?

Kita Terlalu Gelojoh Asyik Nak Menjual, Sebab Tu Orang Cabut Lari

Sampai Bila Nak Tengok Pesaing Asyik Masuk Sales Berdesup-Desup?

Sedar Tak Sedar, Dah Setahun Atau Lebih Kita Masih Di Tahap Yang Sama

Apa Yang Perlu Dikaji Dalam Copywriting?

Cara Lain Nak Menjual Selain Guna Copywriting

Terlalu Bergantung Pada Software Atau Robot Copywriting?

Kenapa Orang TAK MINAT Baca Copywriting Kita?

Kisah 2 Penjual Online